Sunday, October 30, 2011

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..akhirnya sempat juga ana pergi konfrens Negara Islam bertema Dunia Menuju Khilafah.Inilah seperti yang telah dikatakan oleh presiden Hizbut Tahrir buat julung-julung kalinya program ini berjalan lancar tanpa ada gangguan dari pihak berkuasa(SB)..hmm mungkin mereka sudah tahu perjalanan dakwah yang kita sedang serukan ini,harap merekalah pihak berkuasa sperti tentera(ahlul quwwah yang akan memberi kekuasaan kepada kita untuk menegakkan daulah kelak.Semoga dakwah ini terus berjalan sehingga sukses...Takbir!!

Wednesday, October 26, 2011

Kenapa??Why??

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !!!!
QURAN MENJAWAB :
Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
dan segudang pertanyaan lagi yang keseluruhannya pun dapat dijawab oleh Sang Pemilik Semesta Alam. Nah, cukup jelaslah bahwa Allah-lah yang memberi kita cobaan permasalahan, pastilah Allah akan menurunkan pertanyaan beserta jawabannya! Hanya Allah sandaran manusia...



KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
QURAN MENJAWAB:
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUST???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

APA YANG AKU DAPAT ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”



KENAPA AKU DIUJI ??
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”



Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
Keti...ka anda membukanya, syaitan mula curiga.
Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'

Sebar2 kan lah Wahai SaudaraKu~See more
by: Ukhti Adawiyah

Tuesday, October 25, 2011

Cerpen : Terdampar Di Darul TAQWA


Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar dalam negara ini. benak hatinya. "Erm tak pelah Pakcik, biarlah saya tolong kutipkan, sebelum orang-orang Diwan ud-Daulah An Nadzhifah datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Tercengang Datuk Dr Johar dengan apa yang dikatakan budak tuh dalam hatinya berkata "apa benda tuh". Tetapi dia tidak panik, Datuk Dr. Johar terus membetulkan tali lehernya. "Ah,kalau apa yang kau crita nih budak, apa aku nak risau aku ada segalanya, nanti kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini" . Benar manusia mana yang tak kelabu mata tengok duit merah, biru berlapis-lapis dilambai-lambaikan (ukuran kapitalis sememangnya duit adalah segalanya, bukan lagi halal dan haram). Si Budak kecil itu, menggeleng-gelengkan kepala lalu pergi.
Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter ala-ala AW129 Multi-Role Combat Helicopter malah lebih hebat lagi dengan gaya lebih ergonomik bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka... Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar. "Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" tanya Datuk Dr. Johar kepada seorang budak yang berlalu di hadapannya. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat menjawab, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Lamborghini model Gallardo version ke berapapun Datuk Dr Johar tak dapat pastikan kerana terlalu canggih, merah dan bercahaya berkilat, solid molid. Lantas keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Pakaian mereka berwarna hitam berjalur biru.

"Assalamualaikum ya akhi....Asif, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di dalam Daulah Khilafah ni. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itukan lambang iman. Negara ini menitikberatkan ketakwaan, keharmonian, keimanan dan keadilan.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?
" Nah ni duit lima ratus. Aku tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan? " tanyanya angkuh. "Pakcik, kami bekerja kerana Allah, Ijarah yang kami terima itu pun dah tersangat cukup buat kami. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Takkan pak cik tak tahu, Kitakan telah di urusi kembali oleh Daulah, Hari ini islam TELAH BUKTIKAN KEMBALI UPAYANYA TIADA SEORANG PUN YANG LAYAK MENERIMA ZAKAT MALAH BUKAN SAHAJA DI SINI PAKCIK DI SELURUH TANAH DAULAH KHILAFAH INI. Lagipula hari ini benda tuh hanya dipandang sebagai alat, sebatas sebagai material, dan bukan matlamat hidup kami Pak Cik untuk mengejar Material," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang sambil senyum sinis. "Eh, Eh .... asif pakcik. Bisa kami nak bertanya, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. "Aku yang gila, atau dia yang gila? dahlah sikit-sikit cakap arab, buat-buat tahu jelah" Detik hati Datuk Dr. Johar.

Dia berjalan ke arah kereta Gallardo merah yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, dan Tuxedonya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Padinni. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. "Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman." bentak Datuk Dr Johar "Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. " "Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Sewaktu kehidupan di telanjangi dengan Kapitalis, Waktu tuh Daulah Khilafah belum tertegak lagi. ISLAM BELUM MENDOMINASI DUNIA KEMBALI pakcik. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Modernistik Kot Kami nih, dan kadang kala mereka (orang barat) juga berserban. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang di jamin kebebasannya dalam sebuah DAULAH ISLAMIYAH dan orang-orang yang support old school brandy. Walaupun dalam Islam tidak ada masalah pakcik, tapi kami heran dengan tingkah laku pakcik nih." panjang jawapan anak muda itu
Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, jalan yang dia berdiri itu iras-iras Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada. "Subhanallah, Ya akhi, Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Wali Muhtasib cabang dalam departemen Diwan ud-Daulah An Nadzhifah. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandaraya ini." Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa benda bahasa-bahasa Arab yang kau cakap dari tadi nih? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar. "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat... Dan ini kesalahan pertama pakcik saya rasa dengan denda seperti itu sudah cukup tapi pak cik perlu ingat sekiranya berulang perkara ini akan di bawa kepada pengadilan yang lebih tinggi!." Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang dan mengambil aduan tersebut untuk diadukan kepada mereka yang selayaknya, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Datuk Dr Johar terlupa bahawa dia berada dalam dunia yang jauh lebih tinggi teknologinya, kot-kot pakaian mereka telah tersiap dengan sensor-sensor yang bisa membuatkan mereka ketahui Butiran seperti nama, gambar, tarikh dan terus sahaja di masukkan Online kedalam server pendaftaran kes di jabatan Qadhi. Lagi pula kes yang di buatnya kes-kes kecil yang dihukumi dengan hukuman mukhalafat yang sgt kecil iaitu dengan hanya bertasbih bertahmid dan berselawat, dia melanggar perintah untuk tidak melaksanakannya itu adalah tanggung jawabnya tidak akur terhadap perintah khalifah yang pasti di dunia dia terlepas tidak di akhirat. Dan mungkin kali ini dia terlepas namun sekiranya berulang dia akan tahu nasibnya.

"Fuh.. Lega.Dahaga , lapar pulak perut aku nih" kata hati kecil Datuk Dr Johar. Sejurus kehausan dan kelaparan mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan : Ping Pong!! "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syeikh Al Syahran, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu dengan sebenar-benar rayuan agar siapa yang lapar, siapa yang merasa dirinya dalam kekurangan atau yang sudi menerima sumbangan agar sudi menerima hibahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!" suara komputer itu di laungkan 2 kali dengan suara yang amat jelas dalam dua bahasa iaitu arab dan bahasa yang dipahaminya. Namun Datuk Dr. Johar dengan berlagaknya meninggi dada dan mendengus yalah orang besar Ibu Kota itu dia tidak akan mencemar duli mendapat saguhati nasi. Ibarat pengemis pula. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri.
Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Tapi sekali lagi beliau dikejutkan kerana kebanyakkannya berserban dan wanita pula berjubah(berjilbab) Malahan ada yang hanya bisa dilihat mata mereka sahaja (niqab). Namun matanya tak betah lagi melihat semua itu. Tapi kerana lapar ia masuk juga. "Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki." "Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan." Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!". Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Daulah Khilafah telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. yang perlu di jaga adalah aturan dari Allah ikhtilat dan infishal perlu diperhatikan dan terjaga dari segala sudut. Kalau tUan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih. Kopiah dan jubahnya serba putih. "Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni... tak ada kebebasan bersuara, kebebasan bertingkah laku, kebebasan beraqidah, kebebasan berpemilikan, tempat jahanam apa ini...?" "Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama- nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Daulah Khilafah ala Minhajin Nubuwwah ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah.... Pak Cik nih Kenapa? risau saya di buatnya" Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya ! Apa peliknya?", "Baik,tuan.Tapi di restoran ini, semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang?" tanya pelayan berkulit hitam itu mungkin berasal dari Nigeria namun dari gaya bibirnya seperti telah fasih berbahasa yang di pahaminya.

Dia tambah geram. direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas. "Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alatan projector maya dan blue raynnya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang. " Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja "Anta tak cuba tampung dengan amal nafilah atau makrufat yang lain?"tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu dinar emas...malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana" Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.” “Oh...!” keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.

Datuk Dr.Johar makin pelik. setelah tamat makan... Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. "Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..."
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Subhanallah. kad kredit!!! dari mana tuan dapatkan najis ini, tuan. Kad kredit ini bukan transaksi yang boleh kami terima, kerana dalam ekonomi hari ini tidak adalagi riba' SESUNGGUHNYA ALLAH DAN RASUL AKAN MEMERANGI ORANG YANG MENGAMBIL RIBA. KAMI TIDAK REDHA DAPAT SEDIKIT HARTA SEKALIPUN DENGAN RIBA'. maafkan kami sekiranya sungguh kami jijik melihatnya kami halalkan sajalah." "Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri." " Tuan dalam Daulah ini tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan Qadhi kerana takutkan seksa Neraka." "Ah, aku tak nak dengar semuanya. makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.

Di luar, semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'KHILAFAH AIR PUBLIC TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :"KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH DAN PEMBUMIAN AL QURAN DALAM JIWA". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka sambil membawa al-liwa dan ar-royah untuk dikibarkan. Semuanya berkopiah, yang perempuan berjubah (jilbab).
Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya, semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus. "Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. "Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr. Johar. "Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu lagi pilihanraya demokrasi ini. mereka tidak mahu kapitalis. askar-askar dan orang-orang berkuasa tidak dapat berbuat apa datuk. jumlah mereka sangat ramai mendunia datuk mendunia!!!" "Habis, mereka mahu apa?" "Mereka mahu Islam, Datuk! MEREKA MAHUKAN KHILAFAH! kata-kata KHILAFAH SANIAH ALA MINHAJIN NUBUWWAH ITU TERPACUL DARI MULUT2 MEREKA SAMBIL PANJI-PANJI HITAM MEREKA KIBARKAN, BUKAN SAHAJA DI SINI DATUK DARI TIMUR JAUH SANA MEREKA BERARAK SAMPAI KESINI DAN KESEMUA UMMAT ISLAM BERSAMANYA DI SELURUH DUNIA DATUK APA YANG MEREKA INGINKAN HANYALAH KHILAFAH DATUK!!! KHILAFAH!!!" kata setiausaha sulit Datuk Dr Johar. "KHILAFAH?" keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya. sebelum beliau pengsan terdengar sebuah teriakan yang mulanya sayup dan tapi semakin dekat dari seorang lelaki berbadan besar, tegap dan penuh kobaran semangat memakai jubah hitam berkopiah putih sambil mengibarkan PANJI HITAM BERKALIMAH TAUHID PUTIH YANG BESAR. beliau menyatakan "WAHAI SELURUH UMMAT ISLAM!!! WAHAI SELURUH UMMAT ISLAM!!! WAHAI SELURUH UMMAT ISLAM!!! HARI INI ISLAM TELAH KEMBALI SAUDARAKU.!!! ISLAM TELAH KEMBALI!!! KHILAFAH TELAH DITEGAKKAN AYOH KITA BERGERAK. MENGHANCURKAN SISTEM SEKULAR INI.. ISLAM TELAH KEMBALI.. KHILAFAH TELAH KEMBALI.. KHILAFAH TELAH KEMBALI!!!! KHILAFAH TELAH KEMBALI!!! TAKBIR!!!!!!" Dato' Dr Johar sedar dan perasan di wajah pemuda berbadan besar itu ada air mata yang berjujuran membasahi bumi yang tidak henti-henti.....
....
TAKBIR!!!!!!!
NATIJAH SEBUAH PERISTIWA:
"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. DI UZBEK MUNGKIN 3 ORANG SAUDARA KAMI DIBUNUH, DI MESIR IRAQ, PALESTIN DAN BERBAGAI TEMPAT LAGI PUNYA NASIB YANG SAMA. SEHINGGAKAN KEMATIAN PARA PEJUANG KHILAFAH DAN SYARIAH TIDAK BISA TERHITUNG LAGI DENGAN JARI, NAMUN ITU BUKAN ALASAN KAMI AKAN MUNDUR, KAMI AKAN MELEMAH, WALAUPUN KAMI DIHARAMKAN DI SELURUH DUNIA, WALAUPUN KAMI DI TENTANG DENGAN PENUH HEBAT SEKALU. JANJI DARI ALLAH AKAN TETAP TERLAKSANA, JANJI DARI RASUL AKAN TETAP TERJADI. KERANA ITULAH JANJI YANG PASTI" MUNGKIN KAMI AKAN MATI, KAMI AKAN TERSIKSA, KAMI AKAN DITINDAS, TAPI KAMI YAKIN DAN PERCAYA, "BAHAWA SIAPA SAHAJA MEMBANTU AGAMA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR BANTUAN, YANG MENGIKUTI SEGALA LANGKAH YANG DITETAPKAN, DAN DIGARISKAN, MENINGGALKAN SEGALA YANG BERCANGGAHAN DENGAN ISLAM, ALLAH AKAN PASTI BERADA BERSAMA MEREKA. 3 ORANG PERGI AKAN LAHIR 30 RIBU LAGI ORANG YANG CINTA AKAN KEBENARAN. 30 ORANG KAMI TERSIKSA AKAN LAHIR 300 RIBU LAGI ORANG YANG TUNDUK DAN PATUH SEGALA PERINTAH DAN PERJUANGKANNYA DENGAN KEIKHLASAN. KERANA ITU KAMI TIDAK PERNAH KHUATIR. KAMI TIDAK PERNAH BERUNDUR BUKAN DI SINI TAPI DISELURUH DUNIA. KERANA KAMI MEMBAWA IDEOLOGI YANG BENAR. MABDA YANG LAHIR DARI AL-QURAN, AS-SUNNAH, IJMAK SAHABAT, DAN QIYAS. DAN KEHIDUPAN KAMI HANYA UNTUK MENGHARAPKAN REDHA DARI SANG MAHA PENCIPTA.

DAN KINI JANJI ITU SEMAKIN HAMPIR DENGAN KEJAYAANNYA. SANGAT2 HAMPIR HANYA PERLUKAN SEDIKIT MASA DENGAN KEIZINAN DARINYA. MAKA BERUNTUNGLAH BAGI MEREKA YANG SEDAR AKAN ANUGERAH DARI ALLAH INI DAN BERGABUNG JUGA BERSAMA MENJADI SEBAHAGIAN DARI PEJUANGNYA. FASA INILAH YANG KITA NANTIKAN. YANG TELAH BERPULUH TAHUN LAMANYA DIPERJUANGKAN TANPA HENTINYA. 88 TAHUN TELAH BERLALU. TAPI KINI IANYA AKAN KEMBALI!!! IANYA AKAN KEMBALI!!! GERGASI INI AKAN KEMBALI!!! TAKBIR!!!!
TINGKATKAN USAHA!!! TEGUHKAN CITA!!! BERSAMALAH MEMPERJUANGKANNYA!!!
SESUNGGUHNYA IANYALAH SAKSI KITA DISANA, AKHIRAT YANG KEKAL SELAMANYA... TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sumber:
https://www.facebook.com/notes/haruman-bunga-peradaban/cerpen-terdampar-di-darul-taqwa/130192933746686

CERPEN : IMPIAN SEORANG PEMUDA PANJI HITAM


Pada waktu ketika, dua tahun sebelum. Ada seorang pemuda yang merupakan tokoh disegani yang lantang dan punya sikap seorang pejuang di barisan insan2 bengis yang berdiri dijambatan asobiyah, beliau adalah orang yang mudah dikenali, di dada masyarakat, berasal dari jb bandaraya penuh onak dan duri. Rasanya baru genap seminggu beliau menyambut hari kelahiranya di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk umur yang agak matang dalam kehidupan. Ingat lagi sebuah peristiwa aneh yang di hadapi beliau, ketika beliau menaungi sebuah persatuan yang berautokrasikan asobiyah, dimana ketika beliau tidur beliau mengimpikan sebuah kejadian ngeri yang tidak pernah di fikirkan dan di impikan oleh mana2 ummat yang hidup sekalipun iaitu sebuah peperangan dahsyat antara segolongan orang yang bertopengkan syaithan dan beberapa orang yang suci bersih memakai jubah hitam dan membawa panji hitam dibelakangnya. dengan kekuatan dan kegigihan si gerombolan pemuda hitam itu, akhirnya wajah2 syaithan itu bisa dihapuskan walaupun dengan jerih perih luka disana sini, darah bersemburan namun kemenangan itu pastinya milik mereka yang suci lagi murni. Sudah termaktub dalam kitab alam mahupun alquran yang taqwa pasti akan menang dari yang bathil lagi keji. namun dalam kekalahan dan maut yang menanti tiba para pemuka kebathilan bertopeng syaithan tadi terdapat seorang pemuda di dalamnya yang merupakan di antara ketua2 kabilah syaithan tersebut, yang sudah rosak wajahnya bermandi darah, tangannya di sebelah kiri tiada lagi kelihatan, tidak mampu sekalipun ia untuk mengangkat tubuhnya berdiri, ibarat zombie yang sedang mengengsot mencari mangsa, si pemuda yang bertopengkan syaithan tersebut masih bersemangat untuk melunaskan dendam emosinya kepada sekawan pemuda hitam, tp..... tiba-tiba
Datang wajah seorang insan berserban putih berjambang lebat wajah keputihan dan si pemuda terus terlelap tidak berkemampuan untuk mengangkat wajahnya lagi,

Dalam keadaan penuh dengan lelah tilam di basahi dengan peluh yang keluar dari seluruh rongga pembuluh roma, malam yang hening pemuda yang tadinya bermimpi penuh dengan misteri itu bangkit dari tidurnya, kata2 yang terpacul dari mulutnya "YA ALLAH MIMPI APAKAH AKU INI" perkataan dan nama yang hanya terpacul bila mana manusia dan insan pada hari ini duduk dalam kesusahan terpacul dari mulut pemuda itu. terbukti bahawa sejauh mana insan itu di selubungi kejahatan, kenistaan, namun gharizatud tadayyunnya masih ada bila di timpa kesusahan. (ghazatud tadayyun = naluri penyembahan kepada sang yang lebih berkuasa yang menciptakan manusia alam dan kehidupan).

selama seminggu pemuda tersebut diam di waktu pembelajarannya, mahupun di waktu luangnya bersama2 generasi yang fanatik terhadap asobiyah, wajah pak tua yang dipenuhi jambang berserban putih badan gempal keputihan itu sentiasa membayangi pemuda tersebut selama seminggu itu juga tikar sembahyang kembali di kiblatkan, 5 kali sehari tidak ada satu pun yang terlewat dan tercicir waktunya, dipenuhi dengan jalan2 taqarrub ilallah.

namun seperti biasa seperti orang lain seminggu itu sahajalah yang menjadikan diri itu muslim beriman, setelahnya keadaan kembali menjadi seperti sedia kala. di mana merasakan diri lebih berkuasa dari segala, kehebatan diri kembali ditonjolkan dan kealpaan terhadap tuhan yang menciptakan kembali tersinar di dada pemuda tersebut. itulah akibatnya dari perubahan yang berdasarkan kepada emosi semata, bukan melalui pemikiran dan sebuah pencarian, membenarkan kata syeikh Taqiyuddin an nabhani dalam karangannya Nizhamul Islam dalam tajuk dan kerangka berfikir bagi jalan menuju iman " thariqul iman".


namun panas tidak sampai ke petang, hujan tidak mestinya berpanjangan, akhirnya badai datang menimpa setelah peringatan di berikan namun masih melupakan sang pencipta, pemuda tersebut dibayangi oleh pihak berkuasa yang tidak henti2 menantinya untuk menyerahkan diri, sehinggakan ada tebusan yang meringkuk ke dalam lokap untuk memastikan beliau di umpan untuk berhadapan mereka. tidak cukup itu beliau juga di perhatikan oleh beberapa musuh yang sentiasa dalam keinginan untuk membahamnya umpama serigala yang menanti tikus2 hutan di lapangan. dan beberapa peristiwa lain yang menyebabkan si pemuda itu menghadapi seribu satu masalah seribu satu dugaan yang datang bertimpa-timpa tidak ingin berhenti. ke kelas juga menaiki motor teman serumah, ke kedai minuman tidak sekali. mana kedengaran siren polis menyebabkan pemuda tersebut tunduk ke bawah tidak ingin mendongak muka agar wajahnya bisa di sorokkan fikirnya.

kembalilah gharizatud tadayyun itu meningkat dari hari ke hari, naluri baqa' yang mula merendah dikalahkan dengan naluri penyembahan kepada yang maha pencipta era seorang muslim beriman tidak henti2 ditonjolkan sekali lagi. sahabat2 serumah mula memerli "jangan angan-angan taik ayam mcm dulu" ya benar mereka tidak salah. kerana berkali-kali mereka berusaha untuk membawa pemuda itu kepada kebenaran namun gagal, sehinggakan pernah membacakan yassin dan tahlil setelah pulang dari masjid berdekatan sewaktu pemuda itu tidak pergi ke solat jumaat, dan hanya terbaring bermain game, mereka juga pernah mengkritik dengan kritikan yang mendalam namun tidak juga berjaya. berkali-kali juga mereka melihat perubahan-perubahan yang hanya bertempoh sementara terhadap pemuda asobiyah itu. x mustahillah jika ramai dikalangan temannya tidak hiraukan pemuda tersebut. ingin di marah pemuda itu panas baran, ingin di tegur takut2 pelempang naik ke kepala. erm...

tp kali ni terasa ada kelainan dari yang sebelum2nya kalau dulu tidak henti2 untuk solat 5 waktu tp kini, solat sunat hajat, solat sunat tahjud, dan doa2 yang menitiskan air mata teresak2 di bibir pemuda tersebut. timbullah sebuah pemikiran untuk mencari sebuah kebenaran, sebuah ketenangan yang abadi yang selama hidup tidak diperoleh, pemuda tersebut mula mendekatkan diri kepada rumah2 allah, kelas-kelas agama. mengikuti beberapa jemaah untuk mencari sebuah kebenaran dan ketenangan, internet tidak lagi digunakan untuk melewati laman2 porno, laman2 gangsterisma, tp dicarinya buku2 agama, hadith2 arbain sehinggalah terjumpa sebuah buku yang mencoret sejarah perubahan di dada pemuda tersebut, "agama demokrasi" selama seminggu pemuda tersebut menelaah buku tersebut memahami tulisan2 karangan syeikh abdul rahman al maqdisy iaitu seorang penyeru jihad di baitul maqdis.

penuh makna bukunya, tercalit di pemikiran pemuda tersebut sebuah mafhum yang membenarkan bahawa demokrasi itu adalah SISTEM THAGHUT kerana penjelasan dari syeikh abdul rahman itu sungguh jelas, terkait dengan peristiwa-peristiwa halful fudhul, nabi yusuf, dan kaidah fiqh yang sentiasa digunakan oleh pejuang demokrasi untuk membenarkan perjuangan mereka dan tanpa segan menyatakan demokrasi adalah dari islam. Na'udzubillah... "patutlah selama ini ummat islam bercerai berai, ummat islam terpecah" detik hati pemuda tersebut, seminggu berlalu, pemikirannya mulai jernih terhadap demokrasi, yang kadang2 menyingkapi peristiwa sedih beliau walaupun seorang saudagar kegelapan dulunya turut memperjuangkan islam dalam arena demokrasi, sehinggakan habis kawasan rumah kereta2 di tampal bendera, itu tidak termasuk lagi pergaduhan sewaktu menggantung bendera sewaktu pilihanraya umum ke 10. Masya'allah. terbukti Islam hanya bergaduh dengan islam, demokrasi telah membuktikan kerana politik kufur ini menyebabkan darah ummat islam halal untuk dibunuh ditindas. kerana bukan sahaja di tanah air pesta demokrasi (bertuhankan thaghut) ini terlaksana malah hingga mencakupi hampir keseluruhan negara islam duduk di bawah demokrasi, yang tetap mengamalkan konsep dan formula yang sama. cuba kite pergi secara terperinci untuk beberapa negara, palestin kerana demokrasi dia telah memisahkan antara westbank dan gaza dan islam membunih islam islam menindas islam. di iraq puak kurdish dan sunni, di pakistan paling baru lembah swat. tp akhirnya menjadi mangsa pemusnahan penindasan. "demokrasi benar menghancurkan ummat islam yang satu" kata si pemuda tersebut. oh ya dalam buku "AGAMA DEMOKRASI" itu juga ada termaktub sebuah cerita berkenaan dengan seorang syeikhul islam di mesir yang tujuannya untuk menduduki parlimen untuk mendakwahi para pemuka politik kebathilan di sana. namun ianya berakhir dengan kegagalan kerana demokrasi tidak akan bisa memberikan kesejahteraan keadilan kepada mana2 pihak yang tulus dalam sebuah kebenaran.

kemudian dalam pencariannya lagi, si pemuda terlihat pula sebuah hadith berkenaan panji hitam "akan ada panji hitam yang bergerak dari timur sehinggakan orang2 yang berada di dataran salji pasti akan merangkak menuju ke panji tersebut" ALLAHUAKBAR. teringat pemuda tersebut dengan mimpi anehnya yang berperang dengan sekumpulan kecil para pemuda yang suci murni berjubah hitam dan membawa panji hitam Allahuakbar. "adakah ini sekadar mimpi atau sebuah penunjuk"

terdetik di hati pemuda tersebut untuk mencari siapakah pembawa panji hitam itu, nak kata perjuangannya sebelum memang ada memegang panji hitam ada membawa panji putih tp dirasakan ada yang x kena dengan perjuangannya, begitu juga dengan jemaah2 lain yang pemuda ini ikuti tidak satupun pembawa panji hitam yang bisa menenangkan jiwa, memuaskan akal, dan sesuai dengan fitrah manusia, hinggalah pencarian demi pencarian mengakibatkan sebuah pertemuan dengan seorang saudara semuslim berasal dari medan yang di jumpai di forum mencari kenalan.

dan sah akhirnya perkenalan membawa kepada cinta, cinta kepada sebuah kebenaran, dan jatuh cinta itu mengakibatkan semangat meronta-ronta, meronta untuk merubah keadaan. lebih memberangsangkan si pemuda itu apabila mengetahui gerakan panji hitam ini juga tidak berjuang menerusi jalan demokrasi, tapi hanya menggunakan methode dakwah rasulullah. "wah hebat, dengan methode rasulullah perjuangan ini yang bermula dari palestin bisa sampai ke tanah airnya" dalam akalnya berbisik. maka x mustahillah dengan methode rasulullah juga kemenangan itu akan bisa digapai. ALLAHUAKBAR. tanpa ada lagi kerisauan, tanpa ada lagi rasa bimbang kalau2 benar kata2 yang diperoleh di dalam internet yang sentiasa memfitnah perjuangan ini dengan syirik, sesat, mu'tazillah, khawarij dan pelbagai tohmahan lagi. pemuda ini terus bersemangat dlm perjuangannya. kerana nas yang di perjuangkan telah diketahui berbentuk pasti dengan tiada perubahan sedikit pun untuk memastikan kepentingan mereka tercapai. bukankah itu sebuah kebenaran apabila yang benar itu lebih di dahulukan dari sebuah kepentingan.

begitulah nikmat islam yang tiada pengkompromian dengan kekufuran, dimana sang hitam bilal bin rabbah sanggup mengeraskan dadanya dengan hempapan batu besar kerana nikmat sebuah kebenaran yang adil dan keimanan kepada tuhan yang satu, walaupun hanya mendengar berita berkenaan adilnya islam, kerana itu jugalah si pemuda yang dahulunya bertopengkan syaithan namun telah menghadapi perubahan besar dalam hidupnya, kini hidupnya tidak lagi ingin di sia-siakan. dan mungkin kata hatinya benar kerana selama dua tahun ini beliau tidak henti-henti mencari jawapan-jawapan yang dulunya beliau abaikan berkenaan kehidupan namun kini jawapan-jawapan itu memuaskan mindanya untuk terus berjuang hingga ke titis darah dewasanya yang terakhir.

ya benar walaupun dia mati dijalannya hanya sebuah harapan agar panji hitam itu bisa menutupi dirinya sebagai kain penutup jenazah sewaktu pengusungan ke tanah perkuburan. kibarkanlah al liwa dan ar royah pada waktu itu, agar seluruh ummat dan dunia tahu bahawa bendera ini yang telah bisa menyedarkan dan merubah seorang insan hina kepada insan yang hanya mencari keredhaan dari tuhannya. dan kerana bendera dan panji inilah islam semakin besar potensinya untuk menghadapi sebuah kebangkitan dengan revolusi aman, tanpa ada tindakan fizikal dan kekerasan, dan semoga dengan bendera dari perjuangan inilah KHILAFAH ISLAMIYAH YANG DIPERJUANGKAN bakal menerajui dunia sedikit masa lagi INSYA'ALLAH. AMIIN
Sumber:
https://www.facebook.com/note.php?note_id=150084145090898

Sunday, October 23, 2011

Aqidah Dan Keimanan Dalam Ajaran Islam

Aqidah dalam bahasa Arab,berasal dari kata aqoda,ya'qidu,aqidatan.Kata tersebut mengikut wazan fai'latan.Yang bererti ma'qudan(sesuatu yang diikat)rujukan;Lisan Al-Arab,ibnu Al-Manzur,Bab Aqada.Iman dan aqidah adalah dalam pengertian yang sama,cuma penggunaan perkataannya sahaja yang berbeza;

Iman:
  • hanya ada dalam Islam
  • Bahasa yang dipakai dalam Al-Quran dan Hadist


 Manakala Aqidah pula:

  • Bahasa yang dipakai oleh ulama usuluddin
  • Bukan sahaja Islam
  1. Kapitalisme(kufur)
  2. Sosialisme(Kufur)
  3. Islam(sahih)
Secara Istilahnya Aqidah bermaksud pemikiran yang menyeluruh tentang Alam semesta,manusia dan kehidupan,apa-apa yang ada sebelum dan sesudah kehidupan serta tentang hubungan kehidupan dunia dengan kehidupan sebelum dan sesudahnya. aqidah-rukun-iman slide show
     
              Manusia sering terbelenggu dengan persoalan-persoalan yang mendasar dan terbesar,tidak kira samaada dia sudah dewasa atau kanak-kanak.takdinafikan sesetengah dari kita mendapat jawapan dari segala persoalan mendasar itu dari ibu bapa kita dan kita rasa tenteram dengan persoalan itu.Ada juga manusia yang mencari jawapannya sendiri dan merasa puas dengan jawapannya itu...dari kanak-kanak meningkat dewasa persoalan itu muncul kembali,mungkin dari hasil perkembangan manusia itu pada peningkatan pemikirannya maka persoalan itu datang kembali membelengu dirinya...ada manusia yang berusaha mencari jawapan yang sesuai dengan fitrah,memuaskan akal dan mententeramkan jiwa,ada juga yang tidak endahkan persoalan itu.Bagi yang mendapat jawapannya ada juga yang sesuai dengan fitrah,memuaskan akal dan mententeramkan jiwa dan ada juga yang sebaliknya...Apabila persoalan-persoalan mendasar itu terjawab maka terurailah simpul besar(Uqdatul Qubra)dan memberi manusia itu bangkit maju kehadapan dan juga menyebarkannya..Hmm...apa benda persoalan2 terbesar manusia itu yang dikatakan simpul besar(uqdah al qubra)?

  Persoalan-persoalan yang mendasar itu adalah seperti berikut:
http://www.youtube.com/watch?v=xuQKSkKFkVw&feature=related

Bagaimana pemahaman Ummat?

dia;bagaimana pendapat kamu tentang himpun?baguskan kalau kita sama2 berkumpul bagi mempertahankan aqidah kita,kita sama2 berjuang bagi mempertahankan aqidah Islam ini,kita perlukan satu akta dalam perlembagaan bagi mempertahankan aqidah Islam dari gejala murtad ini!bagi saya isu murtad ini sudah menjadi satu penularan yang merbahaya dan perlu dibanteras dengan mewujudkan satu akta murtad didalam
 perlembagaan kita.


Saya;apa pendapat kamu kalau saya menyatakan mewujudkan akta murtad dalam perlembagaan ini bukan satu solusi(penyelesaian)yang benar jika perlembagaan itu sendiri patut ditukar dengan sebuah perlembagaan yang benar2 menjaga ummat Islam ini dari masalah bukan sahaja masalah murtad?

dia;maksud kamu?

saya;sebenarnya hidup kita ini dipimpin oleh aqidah dan segala peraturan dan perundangan bersumber darinya,kita tak boleh meremehkan walau satu hukum yang telah ditetapkan oleh Allah swt..sebagai contoh kes buang anak.firman Allah swt;“Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44)

kes ini patut diselesaikan dengan cara Islam dan patutnya kita cari puncanya dulu...kan puncanya adalah bersumber dari sistem yang ada sekarang ini..
bukankah sistem ini yang melahirkan masalah sosial yang tinggi melalui kebebasan bertingkah laku..lihat arus media sekarang pun banyak gejala2 sosial yang mereka tunjukkan,lihat pula anak2 remaja kita sekarang dah hilang rasa malu mereka bercouple sana sini,berjalan berdua-duaan..dimana firman Allah swt; Dan Kami turunkan kepadamu kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu ...” [An-Nahl: 89]

dia;janganlah terlalu bersikap diskriminasi,awak nie suka sangat menghukum orang dengan agama,kita perlu mengadakan kaunseling untuk mereka agar jangan membuang anak merata2,kita ajar mereka menjadi ibu bapa yang baik..kita juga memberikan pada mereka PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF agar mereka dapat menjaga diri mereka sendiri.

saya;itu bukan penyelesaian yang tepat selagi mana kita membiarkan sistem yang ada ini terus dilaksanakan...(dia mencelah)

dia;AH!awak nie xhabis2 dengan sistem!kita dah hidup aman dan damai,negara maju dan rakyat hidup sejahtera.kita ni sepatutnya bersukur dan berterima kasih dengan sistem yang ada sekarang.

saya;inilah sistem yang lahir dari aqidah sekularisme,pemisahan agama dari kehidupan,akibat dari aqidah sesat inilah lahirnya pelbagai masalah2 bukan sahaja masalah sosial tapi pelbagai masalah lagi yang kita nampak dengan mata kepala kita sendiri.seperti kes zina,pusat pelacuran,penggelapan duit syarikat,inflasi ekonomi,rasuah,kes jenayah yang tinggi..dari masalah kecil hingga masalah yang terbesar akibat tidaknya kita mengambil hukum Allah secara kaffah dan aqidah sebagai sumber perlembagaan sekaligus sebagai qaidah(cara berfikir) dan qiyadah fikriyah(kepimpinan berfikir) kita..Adakah ini yang awak kata kita sekarang aman damai??

firman Allah swt;"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)." Q.S. Ar Ruum (30:41)

dia;err apa itu kaidah fikriyah dan qiyadah fikriyah ekk??