Tuesday, October 25, 2011

CERPEN : IMPIAN SEORANG PEMUDA PANJI HITAM


Pada waktu ketika, dua tahun sebelum. Ada seorang pemuda yang merupakan tokoh disegani yang lantang dan punya sikap seorang pejuang di barisan insan2 bengis yang berdiri dijambatan asobiyah, beliau adalah orang yang mudah dikenali, di dada masyarakat, berasal dari jb bandaraya penuh onak dan duri. Rasanya baru genap seminggu beliau menyambut hari kelahiranya di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk umur yang agak matang dalam kehidupan. Ingat lagi sebuah peristiwa aneh yang di hadapi beliau, ketika beliau menaungi sebuah persatuan yang berautokrasikan asobiyah, dimana ketika beliau tidur beliau mengimpikan sebuah kejadian ngeri yang tidak pernah di fikirkan dan di impikan oleh mana2 ummat yang hidup sekalipun iaitu sebuah peperangan dahsyat antara segolongan orang yang bertopengkan syaithan dan beberapa orang yang suci bersih memakai jubah hitam dan membawa panji hitam dibelakangnya. dengan kekuatan dan kegigihan si gerombolan pemuda hitam itu, akhirnya wajah2 syaithan itu bisa dihapuskan walaupun dengan jerih perih luka disana sini, darah bersemburan namun kemenangan itu pastinya milik mereka yang suci lagi murni. Sudah termaktub dalam kitab alam mahupun alquran yang taqwa pasti akan menang dari yang bathil lagi keji. namun dalam kekalahan dan maut yang menanti tiba para pemuka kebathilan bertopeng syaithan tadi terdapat seorang pemuda di dalamnya yang merupakan di antara ketua2 kabilah syaithan tersebut, yang sudah rosak wajahnya bermandi darah, tangannya di sebelah kiri tiada lagi kelihatan, tidak mampu sekalipun ia untuk mengangkat tubuhnya berdiri, ibarat zombie yang sedang mengengsot mencari mangsa, si pemuda yang bertopengkan syaithan tersebut masih bersemangat untuk melunaskan dendam emosinya kepada sekawan pemuda hitam, tp..... tiba-tiba
Datang wajah seorang insan berserban putih berjambang lebat wajah keputihan dan si pemuda terus terlelap tidak berkemampuan untuk mengangkat wajahnya lagi,

Dalam keadaan penuh dengan lelah tilam di basahi dengan peluh yang keluar dari seluruh rongga pembuluh roma, malam yang hening pemuda yang tadinya bermimpi penuh dengan misteri itu bangkit dari tidurnya, kata2 yang terpacul dari mulutnya "YA ALLAH MIMPI APAKAH AKU INI" perkataan dan nama yang hanya terpacul bila mana manusia dan insan pada hari ini duduk dalam kesusahan terpacul dari mulut pemuda itu. terbukti bahawa sejauh mana insan itu di selubungi kejahatan, kenistaan, namun gharizatud tadayyunnya masih ada bila di timpa kesusahan. (ghazatud tadayyun = naluri penyembahan kepada sang yang lebih berkuasa yang menciptakan manusia alam dan kehidupan).

selama seminggu pemuda tersebut diam di waktu pembelajarannya, mahupun di waktu luangnya bersama2 generasi yang fanatik terhadap asobiyah, wajah pak tua yang dipenuhi jambang berserban putih badan gempal keputihan itu sentiasa membayangi pemuda tersebut selama seminggu itu juga tikar sembahyang kembali di kiblatkan, 5 kali sehari tidak ada satu pun yang terlewat dan tercicir waktunya, dipenuhi dengan jalan2 taqarrub ilallah.

namun seperti biasa seperti orang lain seminggu itu sahajalah yang menjadikan diri itu muslim beriman, setelahnya keadaan kembali menjadi seperti sedia kala. di mana merasakan diri lebih berkuasa dari segala, kehebatan diri kembali ditonjolkan dan kealpaan terhadap tuhan yang menciptakan kembali tersinar di dada pemuda tersebut. itulah akibatnya dari perubahan yang berdasarkan kepada emosi semata, bukan melalui pemikiran dan sebuah pencarian, membenarkan kata syeikh Taqiyuddin an nabhani dalam karangannya Nizhamul Islam dalam tajuk dan kerangka berfikir bagi jalan menuju iman " thariqul iman".


namun panas tidak sampai ke petang, hujan tidak mestinya berpanjangan, akhirnya badai datang menimpa setelah peringatan di berikan namun masih melupakan sang pencipta, pemuda tersebut dibayangi oleh pihak berkuasa yang tidak henti2 menantinya untuk menyerahkan diri, sehinggakan ada tebusan yang meringkuk ke dalam lokap untuk memastikan beliau di umpan untuk berhadapan mereka. tidak cukup itu beliau juga di perhatikan oleh beberapa musuh yang sentiasa dalam keinginan untuk membahamnya umpama serigala yang menanti tikus2 hutan di lapangan. dan beberapa peristiwa lain yang menyebabkan si pemuda itu menghadapi seribu satu masalah seribu satu dugaan yang datang bertimpa-timpa tidak ingin berhenti. ke kelas juga menaiki motor teman serumah, ke kedai minuman tidak sekali. mana kedengaran siren polis menyebabkan pemuda tersebut tunduk ke bawah tidak ingin mendongak muka agar wajahnya bisa di sorokkan fikirnya.

kembalilah gharizatud tadayyun itu meningkat dari hari ke hari, naluri baqa' yang mula merendah dikalahkan dengan naluri penyembahan kepada yang maha pencipta era seorang muslim beriman tidak henti2 ditonjolkan sekali lagi. sahabat2 serumah mula memerli "jangan angan-angan taik ayam mcm dulu" ya benar mereka tidak salah. kerana berkali-kali mereka berusaha untuk membawa pemuda itu kepada kebenaran namun gagal, sehinggakan pernah membacakan yassin dan tahlil setelah pulang dari masjid berdekatan sewaktu pemuda itu tidak pergi ke solat jumaat, dan hanya terbaring bermain game, mereka juga pernah mengkritik dengan kritikan yang mendalam namun tidak juga berjaya. berkali-kali juga mereka melihat perubahan-perubahan yang hanya bertempoh sementara terhadap pemuda asobiyah itu. x mustahillah jika ramai dikalangan temannya tidak hiraukan pemuda tersebut. ingin di marah pemuda itu panas baran, ingin di tegur takut2 pelempang naik ke kepala. erm...

tp kali ni terasa ada kelainan dari yang sebelum2nya kalau dulu tidak henti2 untuk solat 5 waktu tp kini, solat sunat hajat, solat sunat tahjud, dan doa2 yang menitiskan air mata teresak2 di bibir pemuda tersebut. timbullah sebuah pemikiran untuk mencari sebuah kebenaran, sebuah ketenangan yang abadi yang selama hidup tidak diperoleh, pemuda tersebut mula mendekatkan diri kepada rumah2 allah, kelas-kelas agama. mengikuti beberapa jemaah untuk mencari sebuah kebenaran dan ketenangan, internet tidak lagi digunakan untuk melewati laman2 porno, laman2 gangsterisma, tp dicarinya buku2 agama, hadith2 arbain sehinggalah terjumpa sebuah buku yang mencoret sejarah perubahan di dada pemuda tersebut, "agama demokrasi" selama seminggu pemuda tersebut menelaah buku tersebut memahami tulisan2 karangan syeikh abdul rahman al maqdisy iaitu seorang penyeru jihad di baitul maqdis.

penuh makna bukunya, tercalit di pemikiran pemuda tersebut sebuah mafhum yang membenarkan bahawa demokrasi itu adalah SISTEM THAGHUT kerana penjelasan dari syeikh abdul rahman itu sungguh jelas, terkait dengan peristiwa-peristiwa halful fudhul, nabi yusuf, dan kaidah fiqh yang sentiasa digunakan oleh pejuang demokrasi untuk membenarkan perjuangan mereka dan tanpa segan menyatakan demokrasi adalah dari islam. Na'udzubillah... "patutlah selama ini ummat islam bercerai berai, ummat islam terpecah" detik hati pemuda tersebut, seminggu berlalu, pemikirannya mulai jernih terhadap demokrasi, yang kadang2 menyingkapi peristiwa sedih beliau walaupun seorang saudagar kegelapan dulunya turut memperjuangkan islam dalam arena demokrasi, sehinggakan habis kawasan rumah kereta2 di tampal bendera, itu tidak termasuk lagi pergaduhan sewaktu menggantung bendera sewaktu pilihanraya umum ke 10. Masya'allah. terbukti Islam hanya bergaduh dengan islam, demokrasi telah membuktikan kerana politik kufur ini menyebabkan darah ummat islam halal untuk dibunuh ditindas. kerana bukan sahaja di tanah air pesta demokrasi (bertuhankan thaghut) ini terlaksana malah hingga mencakupi hampir keseluruhan negara islam duduk di bawah demokrasi, yang tetap mengamalkan konsep dan formula yang sama. cuba kite pergi secara terperinci untuk beberapa negara, palestin kerana demokrasi dia telah memisahkan antara westbank dan gaza dan islam membunih islam islam menindas islam. di iraq puak kurdish dan sunni, di pakistan paling baru lembah swat. tp akhirnya menjadi mangsa pemusnahan penindasan. "demokrasi benar menghancurkan ummat islam yang satu" kata si pemuda tersebut. oh ya dalam buku "AGAMA DEMOKRASI" itu juga ada termaktub sebuah cerita berkenaan dengan seorang syeikhul islam di mesir yang tujuannya untuk menduduki parlimen untuk mendakwahi para pemuka politik kebathilan di sana. namun ianya berakhir dengan kegagalan kerana demokrasi tidak akan bisa memberikan kesejahteraan keadilan kepada mana2 pihak yang tulus dalam sebuah kebenaran.

kemudian dalam pencariannya lagi, si pemuda terlihat pula sebuah hadith berkenaan panji hitam "akan ada panji hitam yang bergerak dari timur sehinggakan orang2 yang berada di dataran salji pasti akan merangkak menuju ke panji tersebut" ALLAHUAKBAR. teringat pemuda tersebut dengan mimpi anehnya yang berperang dengan sekumpulan kecil para pemuda yang suci murni berjubah hitam dan membawa panji hitam Allahuakbar. "adakah ini sekadar mimpi atau sebuah penunjuk"

terdetik di hati pemuda tersebut untuk mencari siapakah pembawa panji hitam itu, nak kata perjuangannya sebelum memang ada memegang panji hitam ada membawa panji putih tp dirasakan ada yang x kena dengan perjuangannya, begitu juga dengan jemaah2 lain yang pemuda ini ikuti tidak satupun pembawa panji hitam yang bisa menenangkan jiwa, memuaskan akal, dan sesuai dengan fitrah manusia, hinggalah pencarian demi pencarian mengakibatkan sebuah pertemuan dengan seorang saudara semuslim berasal dari medan yang di jumpai di forum mencari kenalan.

dan sah akhirnya perkenalan membawa kepada cinta, cinta kepada sebuah kebenaran, dan jatuh cinta itu mengakibatkan semangat meronta-ronta, meronta untuk merubah keadaan. lebih memberangsangkan si pemuda itu apabila mengetahui gerakan panji hitam ini juga tidak berjuang menerusi jalan demokrasi, tapi hanya menggunakan methode dakwah rasulullah. "wah hebat, dengan methode rasulullah perjuangan ini yang bermula dari palestin bisa sampai ke tanah airnya" dalam akalnya berbisik. maka x mustahillah dengan methode rasulullah juga kemenangan itu akan bisa digapai. ALLAHUAKBAR. tanpa ada lagi kerisauan, tanpa ada lagi rasa bimbang kalau2 benar kata2 yang diperoleh di dalam internet yang sentiasa memfitnah perjuangan ini dengan syirik, sesat, mu'tazillah, khawarij dan pelbagai tohmahan lagi. pemuda ini terus bersemangat dlm perjuangannya. kerana nas yang di perjuangkan telah diketahui berbentuk pasti dengan tiada perubahan sedikit pun untuk memastikan kepentingan mereka tercapai. bukankah itu sebuah kebenaran apabila yang benar itu lebih di dahulukan dari sebuah kepentingan.

begitulah nikmat islam yang tiada pengkompromian dengan kekufuran, dimana sang hitam bilal bin rabbah sanggup mengeraskan dadanya dengan hempapan batu besar kerana nikmat sebuah kebenaran yang adil dan keimanan kepada tuhan yang satu, walaupun hanya mendengar berita berkenaan adilnya islam, kerana itu jugalah si pemuda yang dahulunya bertopengkan syaithan namun telah menghadapi perubahan besar dalam hidupnya, kini hidupnya tidak lagi ingin di sia-siakan. dan mungkin kata hatinya benar kerana selama dua tahun ini beliau tidak henti-henti mencari jawapan-jawapan yang dulunya beliau abaikan berkenaan kehidupan namun kini jawapan-jawapan itu memuaskan mindanya untuk terus berjuang hingga ke titis darah dewasanya yang terakhir.

ya benar walaupun dia mati dijalannya hanya sebuah harapan agar panji hitam itu bisa menutupi dirinya sebagai kain penutup jenazah sewaktu pengusungan ke tanah perkuburan. kibarkanlah al liwa dan ar royah pada waktu itu, agar seluruh ummat dan dunia tahu bahawa bendera ini yang telah bisa menyedarkan dan merubah seorang insan hina kepada insan yang hanya mencari keredhaan dari tuhannya. dan kerana bendera dan panji inilah islam semakin besar potensinya untuk menghadapi sebuah kebangkitan dengan revolusi aman, tanpa ada tindakan fizikal dan kekerasan, dan semoga dengan bendera dari perjuangan inilah KHILAFAH ISLAMIYAH YANG DIPERJUANGKAN bakal menerajui dunia sedikit masa lagi INSYA'ALLAH. AMIIN
Sumber:
https://www.facebook.com/note.php?note_id=150084145090898

No comments:

Post a Comment